jadi, beberapa hari lepas adalah hamba Allah ini yang berkata tentang kamu yang pernah frustrated! YES I DO!.,kamu pernah dikecewakan. Bukan sekali, banyak kali! Sebenarnya, dari pengalaman kamu sendiri, setelah kegagalan demi kegagalan di dalam setiap perhubungan cinta yang telah kamu lalui, dia yang telah banyak mengajarkan kamu seluk-beluk dalam merangkai rahsia hati menjadi lebih tabah dan kuat...
Sebenarnya kamu pernah merasa berbagai jenis situasi, kekasih yang curang tidak pernah diterima keluarga kekasih dan duhadang pun pernah. Dihina kerana menjadi seorang penyanyi pun pernah juga. Tidak memiliki kewangan yang stabil lantas kekasih bertanya, "kamu enak, bagi aku makan pasir kalau aku kawin dengan kamu?" pun pernah! Sedih... teramat sedih dan malu pada diri sendiri...
Namun, Alhamdulillah, pada setiap kegagalan dan kekecewaan sesebuah perhubungan cinta kamu itu, dapatkah kamu merasakan nikmatya kekecewaannya, yaitu setiap perpisahan yang berlaku, dan pada setiap kekecewaan kamu itu pasti menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang lain dari biasanya., satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.
"Seolah-olah dia adalah suatu latihan, apabila kamu bertemu dan berpisah dengan gadis ini, ianya adalah untuk kamu belajar kerana kamu akan menemui gadis itu."
Jadi, sudah pastinya kamu akan tersenyum... dan hampir setiap kali kamu membuat sebuah percintaan baru, kamu merasakan pengalaman silam dan kekecewaan yang lepas menjadikan kamu seorang kekasih yang lebih baik! Sebab itulah lama-kelamaan, kamu hanya mengambil masa paling lama satu hari sahaja untuk berduka jika berlakunya perpisahan, kerana kamu tahu kegembiraan dan kebahagiaan pasti hadir tidak lama lagi.
jadi, Apa bagusnya bila kamu kecewa dalam cinta???...itulah yang bagusnya! Ia menjadikan kita lebih hebat dalam bercinta, lebih sabar dan tabah malah jauh lebih berpengalaman dalam menangani berbagai persoalan cinta. yaaa seperti yang kamu lakukan sekarang...hehehe..
jadi, ingat!...Apabila berlaku perpisahan dan kekecewaan, ianya adalah kerana anda akan menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan selalunya, satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya! Jadi anda patut bersyukur malah kalau boleh bergembira kerana anda bakal bertemu orang baru, mesti so exciting! Dan anda juga harus merasa lega kerana anda telah terlepas dari satu bala dari bersama orang yang tidak menghargai anda.
Pesanan saya pada kamu semua, Insyaallah kamu akan berjaya jika kamu percayakan kepada kebahagiaan dan jangan fikirkan kedukaan. saya mohon , jangan putus asa! Semakin banyak kita dikecewakan, sebenarnya kita menambah ilmu di dada sehingga kita menjadi semakin bagus malah kita sebenarnya telah menghampiri jodoh kepada sebuah cinta yang sejati!